Friday, 13 June 2014

PERATURAN MAKANAN UNTUK BADAN LEBIH RAMPING & KULIT BERSERI


 
Tiada standard piawai untuk mencapai bentuk badan yang lebih ramping dan kulit yng berseri.Namun prinsip-prinsip berikut mampu membantu memberikan anda :

  • lebih tenaga
  • tidur yang lebih baik
  • badan yang lebih ramping
  • kulit yang berseri
  • pencernaan yang lebih baik

KATAKAN TIDAK KEPADA GULA TAMBAHAN.
  • Pengambilan gula tambahan setiap hari mampu menjadikan kulit lebih tua dari masanya.Pengambilan gula berlebihan mampu meningkatkan risoko serangan jantung, kencing manis , obesiti, masalah hati dan kanser.Gula mempunyai banyak nama-nama (termasuk gula, gula perang, gula mentah, dekstrosa, maltodekstrin, kanji, kanji jagung, dan sirap jagung diubahsuai tinggi.) 
  • Roti putih juga memberi kesan negatif yang sama seperti gula kepada badan. Pengeluaran nutrien dari gandum , meninggalkan hanya kanji dan gluten pada roti putih. Pengambilan  roti putih secara kerap boleh menyebabkan   masalah penghadaman dan kembung perut.
  • Roti gandum adalah alternatif kepada roti putih.  Namun ia masih mengandungi gluten, yang masih mampu  menyebabkan masalah penghadaman.

    PILIHLAH LEMAK YANG BERKUALITI

  • Tubuh manusia memerlukan lemak yang berkualiti untuk hormon, sistem saraf dan sistem imun badan. Antara lemak yang sihat ialah lemak tepu dari haiwan yang memakan rumput bukan toksik atau makanan yang bukan diproses.
  • Minyak kelapa organik adalah baik untuk memasak pada suhu yang tinggi, tetapi elakkan memasak dengan minyak tumbuhan organik seperti minyak zaitun .

   MAKANLAH PROTEIN YANG BERKUALITI

  • Sumber protein yang berkualiti boleh didapati daripada telur organic, ikan, haiwan yang memakan rumput dan protein yang berasaskan tumbuhan. Antara kombinasi yang baik ialah kacang dan tauhu organik.
  • Jika anda sentiasa letih secara fizikal dan emosi, berkemungkinan anda memerlukan lebih banyak protein.

   NIKMATI KEKACANG, BADAM DAN BIJIRIN SETIAP HARI
  • Ini adalah snak yang sarat dengan kebaikan.Sesuai dimakan bersama makanan lain dan dijadikan pencuci mulut
  •  
   AMBILLAH SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAKAN SETIAP HARI
  • Pelbagaikan pengambilan warna sayuran dan buah-buahan anda. Merah, jingga, unggu, hijau , kuning dan biru. Kepelbagaian itu akan menghantarkan mesej yang baik untuk badan anda melalui fitonutrien yang 'menghidupkan'kesihatan anda.
 
    MINUM 1 ½ LITER AIR, JUS , TEH HIJAU DAN TEH HERBA SETIAP HARI
  • Tubuh manusia terdiri daripada 70% air.  Kekurangan air menyebabkan anda akan merasa letih, keliru, sembelit, dehidrasi dan mengalami kulit  kering.
  • Teh hijau adalah ibu kepada teh herba . Ia kaya dengan nutrien dan penggalak tenaga.
   
     MAKANLAH PADA WAKTUNYA DAN BERSARAPANLAH

  • Terdapat tiga sebab utama mengapa orang melangkau waktu makan:
    • Mereka tidak mempunyai masa
    • Mereka fikir ia akan membantu mereka mengurangkan berat badan
    • Mereka telah disalah-maklumkan bahawa ini boleh menjadi sihat.
  • Malangnya, semua idea-idea ini salah.
  • Meninggalkan waktu makan akan membuatkan anda letih dan keliru. Impaknya pretasi anda di tempat kerja akan terganggu.
  • Meninggalkan waktu makan akan melambatkan metabolisma badan dan seterusnya akan menambahkan lagi berat badan anda.

     MAKAN BEBERAPA HIDANGAN KECIL JIKA STRUKTUR 3 HIDANGAN STANDARD  TIDAK SESUAI DENGAN GAYA HIDUP ANDA

  • Makan secara sihat ialah berkaitan mengenai mendapat kepelbagaian kombinasi makanan. Penuhkan pinggan dengan 40% sayuran, 30% lemak yang sihat dan 30% dari protein yang berkualiti.
 AMBIL MULTIVITAMIN TAMBAHAN SETIAP HARI WALAUPUN ANDA MAKAN DIET YANG SIHAT

  • Kebanyakan kita hidup dalam dunia yang pantas dipenuhi dengan pencemaran dan faktor-faktor lain yang mengganggu fungsi semula jadi badan. Makanan tambahan yang berkualiti disyorkan dalam membantu tubuh anda berfungsi lebih baik setiap hari.



sumber: Thorbjörg
 
 
 

 

       

       
       
       
       
       
       


       

      No comments:

      Post a Comment